Kenyataan Media YB. Dato’ Haji Husam Bin Hj. Musa

•August 7, 2008 • Leave a Comment

Kenyataan Media YB. Dato’ Haji Husam Bin Hj. Musa 
Berhubung Notis Meminta Dato’ Seri Anwar Ibrahim 
Hadir Di Mahkamah Sesyen Esok

 
 

E D A R A N  S E G E R A

Saudara Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis pada 28 Jun yang lalu mendakwa dirinya diliwat oleh majikannya dan para pemimpin negara telah membuat pelbagai kenyataan kepada media berhubung dakwaan yang pada waktu itu masih didalam siasatan polis.

Kenyataan-kenyataan itu menunjukkan mereka sudah pun memutuskan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mesti didakwa, garis pemisah antara ‘keputusan politik untuk mendakwa’ dan ‘perjalanan undang-undang yang adil tanpa campurtangan politik’ adalah sangat tipis.

Dakwaan

Pendakwaan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim berhubung kes liwat tanpa membenarkan ikat jamin akan menyebabkan beliau terpaksa berada didalam tahanan sepanjang perbicaraan. Lantaran apabila dijatuhkan hukuman penjara akan hilanglah kelayakannya untuk menjadi wakil rakyat sekali lagi. Sekarang Dato’ Seri Anwar berusia 61 tahun, jika proses perbicaraan mengambil tempoh 2 tahun dan jika hukuman dijatuhkan selama 6 tahun dicampur dengan tempoh untuk membolehkan beliau bertanding semula, ini bererti jumlah tahun itu dicampur keseluruhannya menyebabkan usia beliau sudah lanjut dan tidak membolehkan beliau mengaum lagi.

Oleh itu, adakah pendakwaan ini satu keputusan politik? Seakan-akan.

Namun, perbicaraan tidak akan selesai sebelum Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008.

Jika ditakdirkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim menang pada 26 Ogos ini, beliau boleh menjadi Ahli Dewan Rakyat sebelum Mahkamah mendapati beliau bersalah, merayu dan muktamad penghakiman.

Tempoh ini mungkin mengambil masa setahun, dua tahun atau mungkin lebih.

Politik lawan politik campur undang-undang.

Kemenangan 26 Ogos lebih dahulu perlu diperolehi. Sementara itu perjalanan Mahkamah berterusan tetapi ia tidak dapat mengatasi kuasa Allah S.W.T yang mampu mengubah faktor dan keadaan, jika Ia mengkehendakiNya.

Oleh itu sementara proses undang-undang berjalan, Pakatan Rakyat harus memastikan kemenangan pada 26 Ogos di kerusi Parlimen Permatang Pauh, di situlah Mahkamah Rakyat.

Kemenangan itu akan menjadi isyarat yang kuat terhadap tahap kepercayaan pengundi atas pertuduhan terhadap Dato’ Seri Anwar. Ia jawapan yang layak terhadap kepimpinan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, pasca Pilihanraya Umum.
 

Terima Kasih

YB. Dato’ Haji Husam Bin Hj. Musa
Naib Presiden PAS

6 Ogos 2008
Bersamaan 4 Syaaban 1429H
 

Husammusa.com

Pilihanraya Kecil Permatang Pauh

•August 6, 2008 • Leave a Comment

Penamaan Calon : 16hb Ogos 2008

Pembuangan Undi : 26hb Ogos 2008

Ayuh Rakyat Malaysia terutama Di Permatang Pauh, Kita Beri Sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim,

Ayuh Lawan Agenda Jahat UMNO.

Putrajaya Semakin Hampir.

Surat Untuk Wakil Rakyat

•August 5, 2008 • 1 Comment

Surat untuk wakil rakyat

untukmu yang duduk sambil diskusi

untukmu yang biasa bersafari

di sana, di gedung DPR (Dewan Parlimen)

wakil rakyat kumpulan orang hebat

bukan kumpulan teman teman dekat

apalagi sanak famili

di hati dan lidahmu kami berharap

suara kami tolong dengar lalu sampaikan

jangan ragu jangan takut karang menghadang

bicaralah yang lantang jangan hanya diam

di kantong safarimu kami titipkan

masa depan kami dan negeri ini

dari Sabang sampai Merauke

Saudara dipilih bukan dilotre

meski kami tak kenal siapa saudara

kami tak sudi para juara

juara diam, juara he’eh, juara ha ha ha……

wakil rakyat seharusnya merakyat

jangan tidur waktu sidang soal rakyat

jangan tidur waktu sidang soal rakyat

wakil rakyat bukan paduan suara

hanya tahu nyanyian lagu “setuju……”

nyanyian IWAN FALS